Yeah! Nampaknya aku masih lagi di sini, masih mampu menaip. Alhamdulillah atas nikmat Allah. Hari ni aku gagahkn jua meng'update' kan blog ni sebagai kenangan tuk aku kenang.
So, apa yang special sangat tu? Ia tak lain dan tak bukan merupakan hari di mana semua teka-teki yang aku cipta sejak kecil terjawab.
BILA BESAR NANTI SAYA AKAN JADI APA EK?
Lawyerkah? Majistretkah? Dan aku sangat pasti semua orang akan mempunyai soalan yang sama, lebih2 lagi bila kita semakin matang, bila saat2 kita harus membuat pilihan itu tiba.
Meh aku cerita sikit salasilah cita2 n perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar.
Aku waktu kecik2 slalu pindah randah. Seingat aku, aku pernah tadika di Kemas Cherating n jgk di MPTAA.
Lepas tu di Sk Cherating sampai darjah 3, Darjah 4 kat Sk Semambu. Pastu pindah pulak kat Sk Beserah dengan pencapaian UPSR yg x seberapa. 4A 1B je pon. B tu biasa la, BI. (ada seseorang ni cakap, "biasala, skola kita kn skola kampung. standard la BI B". siot je kan)
Lepas tu di Sk Cherating sampai darjah 3, Darjah 4 kat Sk Semambu. Pastu pindah pulak kat Sk Beserah dengan pencapaian UPSR yg x seberapa. 4A 1B je pon. B tu biasa la, BI. (ada seseorang ni cakap, "biasala, skola kita kn skola kampung. standard la BI B". siot je kan)
Walaupun aku tak dapat SBP mahupun skolah kluster, tapi aku dah cukup bersyukur sebab diterima di Smk Tg Afzan dan duduk di dalam kelas KAA. Di situlah aku berpeluang belajar bahasa syurga, Allughatul 'Arabiyah. Terima kasih Ustzh Aishah n Ustzh Khadijah. Jasamu akan ku kenang. Oh tak lupa juga Kelas Kemahiran Al-quran (KKQ). Walaupun kelas tu kadang2 pukul 5 pun tak tentu lagi habis, tapi aku seronok. Kalau bukan kerana arab n KKQ, mesti aku tak kan tergerak hati nak hafal surah2 di dalam Quran. Alhamdulillah, aku perform very well in PMR. 9A! Yeay me! Tapi tak dapat pindah mana2 pun.
So aku teruskan aje perjuangan aku di Afzan. Aku happy. Sangat happy. Terima kasih tuk2 cikgu2 n jgak kawan2 yang menceriakan hidup aku yg sgt dull ni. Walaupun dapat 9A 1B, aku bersyukur. Tipu la kalau aku cakap aku tak sedih n tak kisah dengan kehadiran B disitu. Tapi nk buat macam mne kn, terima je la dgn hati yang terbuka. Dah itu yang rezeki Allah tetapkan.
Aku akhirnya dapat tawaran ke Matrik Johor. 1st choice aku kat Melaka sebenarnya. Tapi kte hold dulu. Tak lama lepas tu, dapat surat dari UIA dgn ASASI KEJURURAWATAN. Benak jap otak aku time tu. JURURAWAT? Dia maksudkan nurse ke? Eh? Bia betol dia bagi aku nurse? Terok sangat ke result aku? Itulah yg aku fikir bila dapat tu. Gelabah habis. Uia mmg merupakan U yg aku sgt idam2kan, tapi kenapa? Kenapa nursing? Dilema aku waktu tu sangat la berat. Tanya pendapat kat semua orang, siap pergi skola lagi n jumpa cikgu. Semua marah aku sebab pi letak Kejururawatan dalam UPU. Aisey mne la aku tau. Aku just isi tuk penuh kolum je. Haisy!
Tapi selepas aku bercakap dengan kakak sepupu aku yang juga merupakan asasi disana, aku nekad tuk pilih Uia. Dia bagi harapan. Dia cakap yg aku boleh tukar kos nanti. Plus apa yg student blajar semua sama je.
Maka bermula la episod aku di CFS IIUM, Petaling Jaya. Aku minta tukar kos ke Medic semasa Taaruf week malangnya aku tak diterima. Sedih bukan kepalang. Kat situ jugak aku menangis. Malunya hanya Allah je yang tau tapi aku tak tahan dah. Kebetulan time tu terserempak dgn akk sepupu aku tu. Dia try pujuk tapi tak de effect pon pd aku. Huhu.. Sori ye kak. Emo habis.
Sem 2 10/11 aku ambil borang tuk tukar tapi banyak halangan. So lupakan hasrat tu sekejap dan teruskan belajar macam biasa.
Sem 1 11/12, aku tukar kos di saat2 akhir. Time ni mmg aku x kan lupa. Aku menangis semahu2nya macam orang gila. Sebabnya, aku jumpa bro Fadhil dan dia ckp yg kuota medic, dentist apa semua tu dah penuh. Dia cakap jugak aku x perlu apply coz mereka akan invite sendiri student tu. Dalam masa yg singkat, aku buat keputusan tuk tukar ke Allied Health Science dan aku berjaya. Sesungguhnya aku amat benci tak mahu end up dgn nursing. No offence ye nurses. Its just not for me.
Sem 3 11/12, yakni my last sem in CFS IIUM, aku ditawarkan untuk ke Pharmacy. Terkejut sangat sebab aku tak tahu menahu pon pasal ni. Malam2 dapat message dr Azmiera Zahida. Dia yang inform kn. Paling terharunya, dia hafal num matrik aku, Thnx my ex-classmate :')
Aku tanya jugak bro fadhil, tak boleh ke nak tukar ke Medic tp mcm biasa, jawapan dia x memberangsangkan. So aku terima je tanpa banyak soal. Pharmacy pun dah cukup bagus Farihin oi.
Tapi dengan adanya galakan dr kwn aku, Adilah n jgak mak sedara aku, Along, aku teruskan usaha dan belum lagi mengalah. Aku buat rayuan, kuatkan semangat tuk jumpa dean idid tapi alih2 tak dapat pun nak jumpa dia. Orang besar kan. Dia suh jumpa bro Fadhil lagi. Adei, lemah btol aku. Dia ckp even budak2 medic sedia ada ni pon ada yg akan ditolak, so faham2 sendiri la peluang yang ada tu macam mana. Tapi dia kata dia akn maklumkan kalau aku akan di panggil tuk 2nd interview.
Alhamdulillah, macam yang aku ceritakan di entry lepas, aku dapat panggilan dari bro tu tuk ditemuduga. Terkejut gila nampak num pejabat uia sebab aku baru je berhasrat nk tepon. Nak tny pasal Pharmacy aku tu. Mula2 tu aku ingat dia nak cakap aku dpat terus je Medic. Tak yah interview2 bagai ni. HAHA banyak cantek muka aku kan?
So semalam (13/6/12) aku pergi la interview tu. Hari ni aku berdebar je setiap masa n tak berenggang dgn hp. Waktu hp bbunyi je, jantung aku macam nak pecah. Cis! Rupanya abg ipar aku yg call. Lama aku pandang tpon tu sblum angkat. Haih..
Akhirnya penantian aku berakhir. Tepat pukul 5 aku dapat panggilan dari bro fadhil. YES!
| Ada gaya tak? Aku akan pastikan tikus tu digantikan dengan manusia :) |
Dulu aku cepat mengeluh, cepat melatah, cepat berputus asa. Sekarang aku dah insaf. Aku tau, ada yg fikir "eleh dah dapat Medic, boleh la cakap macam tu"
Hakikatnya, aku dah lama belajar untuk redha dan pasrah. Terima apa shaja ketentuan Allah. Tapi bukan secara mbuta tuli. Mesti la kena ada usaha dan doa yang berterusan. When there is a will, there is a way. Sangat terbukti kata2 ni.
Ha! Aku ada teringat. Aku pernah buat description about me kt facebook yg berbunyi begini
'benih yang baik, campak kat mana2 pon akan bercambah jugak'
Ia merupakan motivasi tuk aku sendiri sebenarnya. Aku tulis ni time dapat tau UPU under nursing.
Ps: Terima kasih kepada semua orang yang bagi sokongan dan juga doa tuk aku. Sangat2 menghargainya. :')
Alangkah indahnya kalau saya dapat kongsikan berita gembira ni dgn awk :')
Tapi tak pe. Ada orang cakap, imagine je awk ada disebelah n tau semua pasal saya :')
No comments:
Post a Comment